Monday, June 14, 2010

sEt!ap maSaLah ada Ubatnya.. (petikan editor kump mjlh remaja 01.07.2007)


  • nie ada edit cikit
hujan d luar boleh d lihat air melimpah dan banjir tetapi hujan d hati tak siapa yang taw..
ramai sebenarnya yang menagis sendirian. mahu d kongsi masalah dengan org malu, takut semua orang akan tahu serta tersebar luas dari mulut ke mulut hinggakan diri sendiri menjadi bahan cerita. bukan semua teman sudi menjadi pendengar setia, tempat mencurah rasa apatah lagi sanggup meminjamkan bahu untuk menyapu duka d hati. Bila melihat perwatakan mereka seolah2 tiada apa yang bergolak. Gelak ketawa d sebalik segalanya.

Bukan seorang dua tapi ramai yang mempunyai kehidupan yang sebegini. Mahu dikatakan 'split personality' juga bukan kerana nagi merekahidup mesti d teruskan biarpun sebesar mana jua masalah dan duka d hati. bukan mereka tidak mahu berkongsi tetapi bagi mereka kenapa harus membebankan orang lain dengan masalah sendiri. luka d hati harus d rawat sendiri dan caranya terpulang kepada diri masing2 kerana setiap insan d berikan kekuatan untuk menanganinya. Hanya orang yang sesat dan pendek akal sahaja yang ambil keputusan tamatkan riwayat kehidupannya.

"Kecewa, sedih, jatuh,susah,senang semuanya kita rasa... jadi kita tiada hak untuk meletakkannya d bahu orang lain juga. Jika kita terbawa2 dengan masalah sepanjang masa tidak boleh juga kerana hidup kita masih terlalu luas skopnya. Masalah hanyalah sebahagian kecil"

Kita tak mungkin dapat meneka gelodak d jiwa atau apa yang bermain d kepala mereka kerana mereka begitu pandai menyembunyikan kedukaan tersebut kerana setiap manusia punya cara yang berbeza dalam menanganinya. Benarlah kata orang, kita tidak akan mengenal seseorang selagi kita tidak tahu luar dan dalamnya. Bila kita mengenali mereka dengan lebih dekat dan mendalam barulah kita taw bahagia seta ceria itu hanya sekadar 'mekup' atau sandiwara sahaja. Bukan mudah untuk menjadi ceria d dalam duka atau gundah ini kerana memerlukan kegigihan, kecekalan dan kematangan fikiran. Bukan semua perkara boleh d kongsi bersama teman2, adakalanya kita haruslah menyimpannya sendiri. Biarlah hanya kita dan Allah sahaja yang taw. Kerana hati orang kita tidak tahu sampai mana baiknya takut es0k, lusa kehidupan peribadi milik kita menjadi 'hak awam'. Saranan saya jika anda ada masalah jumpalah dengan mereka yang profesional seperti kaunselor atau teman yang betul2 anda percayai. Setiap masalah ada penyelesaiannya, jangan lari daripada masalah kerana ianya tidak kemana. Bagi mereka yang jiwa dan perasaan yang sedang berkocak... bertenaglah dan jangan ikutkan sangat perasaan tersebut. bertawakal,berdoa dan cari usaha untuk selesaikannya. Biarpun kadangkala pedih tetapi lebih baik dari luka tersebut terus menanah.

Dalam hidup ini kita harus melakukan apa yang sepatutnya. "Life is too short", jadikan ianya berbaloi.

No comments:

Post a Comment